Peranan Suami ketika Isteri Hamil

untuk berkongsi ilmu :)




1. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada
dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan
isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang
memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung
dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak
anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada
isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah
An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertang-
gungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan
terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya
" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan
orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap
tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa
dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan
menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari
segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya
bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul
kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di
waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-
jawab yang berat itu.


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

credit:
http://www.homebisnes.com/buku/khas-untuk-pengantin.htm

3 cambest:

.Gha A. said...

err kamu sudah pregnant kah?

- Ms. Izyan - said...

kalo post musti kene relate kah.?? hehe~

MaMaRey said...

huruf l..amalan suami yang harus dilakukan

Post a Comment