dapat tuka~!!!

alhamdulillah~

penantian setahun, dgn 2 kali percubaan, akhirnya Mummy Izz dpt tukar!!!

no more tears sebab dok jauh!!

selamat tinggal Pulau Pinang..cewaaahhh~

really excited coz dpt duduk dekat dgn en. suami, abah kepada anak2 kami :D insyaAllah dengan semangat baru, produktiviti kerja akan lebih meningkat, dan keluarga akan lebih terus serta makin membahagiakan~~~ :D leh proceed utk TAMBAHKAN AHLI KELUARGA lg!! hahahaha~

tempat baru yg akan berkhidmat:

POLITEKNIK PORT DICKSON

so, kawan2, nnt kalo mummy Izz da jadi tinggal kat sane, meh la dtg umah, leh mandi manda kt PD skali :D



sikit info mengenai Politeknik Port Dickson
sumber : http://www.polipd.edu.my/

Politeknik Port Dickson (PPD) mula beroperasi pada tahun 1990. Sehingga Sesi Disember 2010, jumlah pelajar PPD meningkat kepada 5605 orang yang mengikuti 16 program yang ditawarkan dimana tenaga akademiknya adalah seramai 354 orang disamping 110 orang kakitangan sokongan. Sehingga kini, Politeknik Port Dickson telah berjaya melahirkan 22839 orang lulusan dalam pelbagai program kejuruteraan dan perdagangan.



Politeknik Port Dickson ditadbir selia di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik Port Dickson telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 pada 25 November 2009. Ini bermakna pengajian dan pembelajaran di Politeknik Port Dickson telah mencapai tahap yang cemerlang dan diiktiraf dunia.


Politeknik Port Dickson sentiasa berusaha untuk membentuk sistem pendidikan teknikal bertaraf dunia yang memenuhi keperluan semasa negara. Politeknik Port Dickson mengambil langkah untuk menyediakan program kerohanian dan keinsanan, bimbingan kerjaya dan sokongan pendidikan yang mengambil kira potensi dan gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan kesan pembelajaran, ketrampilan diri, kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kritikal pelajar. Ke arah melahirkan graduan berkualiti, Politeknik Port Dickson sentiasa peka dengan permintaan industri terkini agar graduan Politeknik Port Dickson mendapat tempat yang selayaknya di arena pekerjaan.



0 cambest:

Post a Comment