Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

.: Raya :.

terbayang2 lg time raya kat kampung~~!!

dpt rehat n golek2 ngn c kecik tuh! tgk ragam Muzaffar sambut raya n main2 ngn anak2 buah n sedara mara yg lain~
yg kalakanye ramai igt die da setahun, badan sihat~ 'budak gedebok' kate kakak ipar. hehe..
skang ni mmg da sgt makin lasak, memanjat n merangkak sane sini je kje die. pastu melompat tak benti..lenguh woooooOoO~
mujur ramai yg nak jaga die mase raya arituh. sume dok geram, pakat pegang n main ngn Muzaffar..so ibu die dpt melantak dgn senang hatinye!! hahaha~

yg paling best, slalu tdo kol 8,9, ni tdo kol 12, 1 pg. sonok main samapai tak mau tdo. tp tak nangis, dok gelak kuat2 je...huhu~

sonok gak la tgk die melantak..sume nak makan! smpai lemang pon kakak ipar g sumbat kat die..mujur tak tersedak..ishk2...~

hm..nk layan gamba pon takde sgt. ni je yg ade kt HP. layn je la budak encem hero ibu abah nih! hehe :)



sume masuk mulot


sorang setahun lebiy, sorg 6 bulan

tdo kepenatan!!


.: Selamat Hari Raya :.

lg bape ari je nak raya! :) semangat tol kan?? mustilah, diz time kami beraya dgn c hero encem kami, Muhammad Izz Muzaffar. tak saba nak tgk die pkai bj melayu~

Ops! baju Melayu Muzaffar tak beli lg..huhu~ sowie cayang..ibu bz sgt..lgpon sejak dok PD ni takde tempat sgt nk jalan...kje kat opis plak berlambak..adeh~

Tu la..LAIN TEMPAT, LAIN CARA~! kat poli seberang perai cm agak relax, kat poli pd ni cm agak complicated n strict..ade pemantauan, audit mqa yg strict, dgn mcm2 hal lg..tak tambah kne study subjek baru Elektrik plak tuh! huhuh~ nasib bek la de 1 subjek programming..lega sket~

owh, terbanyak membebel, actually nak bg ucapan kat raya buat semua~ kad raya hasil kerja En Suami, die pon bz..so simple je la tahun ni..janji ikhlas kan~ :)

SELAMAT HARI RAYA BUAT KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI, MAAF ANDAI ADA TERSILAP KATA DAN MENYINGGUNG PERASAAN, SEMOGA RAYA KALI INI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN KEMERIAHAN TAK TERHINGGA


Category: 1 cambest

dapat tuka~!!!

alhamdulillah~

penantian setahun, dgn 2 kali percubaan, akhirnya Mummy Izz dpt tukar!!!

no more tears sebab dok jauh!!

selamat tinggal Pulau Pinang..cewaaahhh~

really excited coz dpt duduk dekat dgn en. suami, abah kepada anak2 kami :D insyaAllah dengan semangat baru, produktiviti kerja akan lebih meningkat, dan keluarga akan lebih terus serta makin membahagiakan~~~ :D leh proceed utk TAMBAHKAN AHLI KELUARGA lg!! hahahaha~

tempat baru yg akan berkhidmat:

POLITEKNIK PORT DICKSON

so, kawan2, nnt kalo mummy Izz da jadi tinggal kat sane, meh la dtg umah, leh mandi manda kt PD skali :D



sikit info mengenai Politeknik Port Dickson
sumber : http://www.polipd.edu.my/

Politeknik Port Dickson (PPD) mula beroperasi pada tahun 1990. Sehingga Sesi Disember 2010, jumlah pelajar PPD meningkat kepada 5605 orang yang mengikuti 16 program yang ditawarkan dimana tenaga akademiknya adalah seramai 354 orang disamping 110 orang kakitangan sokongan. Sehingga kini, Politeknik Port Dickson telah berjaya melahirkan 22839 orang lulusan dalam pelbagai program kejuruteraan dan perdagangan.



Politeknik Port Dickson ditadbir selia di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik Port Dickson telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 pada 25 November 2009. Ini bermakna pengajian dan pembelajaran di Politeknik Port Dickson telah mencapai tahap yang cemerlang dan diiktiraf dunia.


Politeknik Port Dickson sentiasa berusaha untuk membentuk sistem pendidikan teknikal bertaraf dunia yang memenuhi keperluan semasa negara. Politeknik Port Dickson mengambil langkah untuk menyediakan program kerohanian dan keinsanan, bimbingan kerjaya dan sokongan pendidikan yang mengambil kira potensi dan gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan kesan pembelajaran, ketrampilan diri, kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kritikal pelajar. Ke arah melahirkan graduan berkualiti, Politeknik Port Dickson sentiasa peka dengan permintaan industri terkini agar graduan Politeknik Port Dickson mendapat tempat yang selayaknya di arena pekerjaan.



post baru??

lame tak mengepost ape2..~
ishk2..

sibuk dok layan baby dlm peroOOOoOt :D
sibuk gak siapkan kje sebab nak cuti dah :)

nway, skang baby dlm perot da masuk 37 minggu. maknenye udah 9 bulan :D

waaaaaaaahhhhhh~!! sgt2 suke :) rase tak saba nak tgk baby tercinta~

paling excited, ABAH die!!

tp abah die pon risau jugak..ibu die dok jauh...insyaAllah baby tak nakal2, n baby jaga ibu :)

td g check up, alhamdulillah..nurse puji. baby da engage, dnyutan jantung baby sgt baik~!!!

hehehe..ni wat ibu n abah ssssssaaaaaaaaaayyyyyyyyyaaaaaaannnnnnnnggggggggg sgt kat baby! awal2 dah jadi budak baik, dgr kata :) alhamdulillah, pregnant kali pertama ni mmg dipermudahkan Allah n baby sgt2 baik. takde alahan, takde mual2, n baby sentiasa aktif.!

alhamdulillah...~ doakan kami-ibu n baby sihat2 n selamat melahirkan ye? :)
Category: 3 cambest

minggu ke 25

skang ni Ms. Izyan banyak abiskan masa dok tgk2 website pasal baby :D
hehe~ excited la katekan~ :)


td br register babycenter.com
b4 ni Ms. Izyan byk masuk website alamhamil.com, n majalahpa&ma, smbil jalan2 gak g beberapa blog orang lain. saje nak carik info supaya baby nnt dpt yg terbaik. insyaAllah :D

ok, ni dpt dr babycenter.com. anak ibu ni dah 25 minggu! tak saba nye nak tgu kelahiran si comey ibu ni ke dunia :D

hehe~ sudah de rambut ek..? :D cayunk ibu, semoga baby ibu ni sihat :D

teruja!

sekarang ni mmg sgt2 teruja!!

baju2 da tak muat. huhu~ kne carik maternity dress :D
abis org2 opes dok bising..

'Bile nak tuka uniform ni??'

hehe~ kene sakat je memanjang :) memandang Ms. Izyan yg paling muda kat cni, cam budak kecik plak tu..abis tiap2 ari kne sakat. tp derang mmg besh! :D de je tips2 n petua2 diturunkan. dr mula2 tau mengandung, smpai la dah 6 bulan~

kalo dok berjalan2 tu..mula la derang bising!

"Intan...~ dok diam boleh? rehat la...~"

hehehe~ walaupun cm jauh dr famili, tp opesmate kat cni mmg besh! pengalaman banyak! tiap2 ari de je bende nak cite~ mekasih..mekasih.. :D

ohye, balik pada cerita tadi! ha...~! skang mmg teruja nak beli baju baru!! baju baby tgu bulan depan ek..? hehehe~ bg baju ibu dulu. skg da beli 2 blouse, 1 pants n 1 skirt. hehehe~ :D sonok! sonok!

taknak pakai maxi, nnt nmpak lg pendek plak..~ tp nak je rase pakai :P
kawan kat cni soh pkai maxi, nmpak lg comey katenye. hehehe~

mau beli baju!! yeay!! :D

alhamdulillah!~

Alhamdulillah, i m pregnant! :D

saje nk kongsikan berita gumbira ini!!
betapa seronoknya bila tau diri ni dah pon berbadan dua!
terasa Allah begitu menyayangi diriku yg hina ini..

sesungguhnya, akan lahirlah lagi satu umat manusia, hasil zuriat dari perkahwinan kami yg sah lagi suci ini :D
tak sabar rasanya nak menunggu dan melalui detik melahirkan benih cinta kami ni :D

pengalaman yg dirasai masa mula2 tahu diri ni pregnant, memang sangat-sangat-sangat indah! tak tergambar dengan kata2!! bila suami tau pon, die tersengih je sepanjang hari :D usia perkahwinan yg baru masuk ke minggu ke tujuh, dikejutkan pula dengan hasil cinta yang minggu ke enam :D

sekarang, Ms. Izyan menjalani detik2 indah bergelar seorang bakal ibu! pengalaman mengandung amat indah! terasa teruja dengan ciptaan Allah ini. setiap hari, mesti nak belek2 diri depan cermin :) tengok perut yg semakin membesar, bercakap2 dengan bayi dgn senang hati :D

Encik suami pula mmg sgt2 teruja, sgt2 suka! :D sambil beliau semakin bertungkus lumus mencari rezeki utk kami berdua :D bila balik isteri n 'baby' die mst die peluk n dakap :D

alhamdulillah, Ms. Izyan tak mengalami alahan sepanjang mengandung ni :D 'baby ibu baik kan..?' :)
Allah itu Maha Penyanyang, dipermudahkan oleh-Nya mungkin sbb Encik suami berjauhan dr 'kami'...

tapi, takpe. semua itu dugaan, semoga ujian ini mendekatkan lg diri kami kepada sang pencipta :D

sekarang, kandungan sudah masuk minggu ke 24, sudah 6 BULAN!! waaaahhhhh!!!~ kami sgt teruja!! 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

sangat2 happy!!!!! :D

Ms. Izyan kene tag ngn Cik Gha
kawan2 same blja kat UTM n sgt motivated!!
so layan kan je la~


1.Adakah anda happy sekarang?
sangat2 happy, smlm bestday Ms. Izyan, & En. Hubby wt suprise!!! suke! suke!!! sgt suke!!!
*owh, masih teringat semalam*
.
2.Kenapa anda Happy?
1)Sbb Allah masih lg memanjangkan umurku, n mberi kesempatan utk ku menyambut hari kelahiran yg ke 24 bersama suami tersayang~ 
[celebration yg pertama sejak bergelar isteri]
2) Sbb ibu, ayah, adik2 pon wish jugak dr jauh..
mgu ni mau balik amik hadiah!! hahaha~
3) Sbb dpt lebih 120 wishes dr kawan2~ cayang korg!!!
4) Sbb dpt byk2 doa dr rakan2 supaya Ms. Izyan cepat de baby!!
hehehe~ doa2kan selalu ye~
.
3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Bile suami de disisi, salu dating, ikatan perkahwinan sgt bahagia n de 2 famili yg sgt2 besh!!!
.4.Pernahkah anda menerima tag?
Pernah je :)
.
5.Nyatakan warna yang anda suka.
Suke Biru, tp tak byk pon bj biru..huhuhu~ n wedding pon tak terselit warna biru! nape yea..??
lupe plak, suke purple juga~
.
6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
tak mau! tak mau!! hehehe~ takpe kan..??

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
takde sape2~ :D
.
8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Hehehehe~ musti lah!!! tiap2 ari En. Hubby call byk2 kali,
tiap2 minggu jumpe n dating ngn En. Hubby
3 kali sehari musti ibu n adik2 call
2 kali seminggu musti mak mentua call
tiap2 ari musti de je kwn2 call n sms
tiap2 ari idup penuh ceria n happy :D



.

Buku Scrap~

Mau buat  buku scrap!!!!

ingat zaman skola dulu2..

hehehe...idea timbul mase kami g honeymoon  jalan2 kat Alor Setar Kedah
Kak Dina a.k.a kakak ipar Ms. Izyan tibe2 mention
'Kan sonok letak gmba2 nie dlm buku scrap, dulu Kak Dina de wat, pastu takde masa da..'

aah kan..~??
lame gak tak wat scrap book..
sepanjang kawen ni, byk sgt memori indah..
boleh kata2 tiap2 ujung minggu (yela..ujung mgu je le jmpe husband) rasa sgt2 bahagia...musti g honeymoon..hehehe~ jalan2 tak ingat dunia..
DUNIA INI MACAM KAMI YG PUNYE!!! :D

mmg blog mcm diari online kite..
tp byk bnde gak takle kite share kan..?~

so...Ms.Izyan nak berazam!!!
MAU BUAT SCRAP BOOK jugak!!!! :D
nak g beli ketas2 yg patut ar..~
nk sepahkan bilik!! hahahaha~


*gmba dr google je~ tak smpt snap pic sgt...de pon pkai telepon je~*


[pantai batu feringhi]
[menara alor setar]
[muzium padi]
[gunung keriang]

*still teringat lunch+mandi manda di Batu Feringgi~ n dating2 sekitar Alor Setar :D*
*sedey sket Hubby kene gigit Obor2..n jari Ms. Izyan terluka kne pisau...~ huhuhuhu~*

.: tips suami isteri :.

Alhamdulillah~ Allah masih memanjangkan umur Ms. Izyan bernafas dan beribadah di muka bumi ni..~ akan Ms. Izyan memperbaiki diri dr semasa ke semasa..

Bersyukur juga kerana Ms. Izyan masih lg berkesempatan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik, ISTERI dan juga anak kepada 2 ibu bapa [ibu, ayah, ma n abah]~

Ms. Izyan cube mncari tips2 yg berguna utk Ms. Izyan menjadi ISTERI yg terbaik buat Encik Suami yg tercinta~ sesungguhnya, syurga seorang isteri itu terletak di kaki suami...~
akan ku cuba sebaik mungkin membahagiakan beliau!!!!


huhuhu~ cm byk plak celoteh yg skema :D

k, ni tips memberi penghargaan suami dan isteri:
sumber dr:  


Penghargaan Kepada Suami
  • Selalu berikan senyuman
  • Berhias di hadapan suami
  • Masak masakan kegemaran suami
  • Minta pandangan suami jika ada masalah
  • Selalu urut-urutkan suami
  • Menjaga maruah suami
  • Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
  • Berikan hadiah hari jadi
  • Pandai mengambil hati suami
  • Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
  • Membina hubungan baik dengan keluarga suami
  • Minta izin suami sebelum buat sesuatu
  • Mohon maaf dengan suami sebelum tidur
Penghargaan Kepada Isteri
  • Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
  • Ingati tarikh kelahiran anak-anak
  • Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
  • Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
  • Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
  • Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
  • Ucapkan terima kasih apabila bersama
  • Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
  • Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
  • Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
  • Panggil isteri dengan panggilan yang manja
  • Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
  • Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

    status baru, life baru~


    alhamdulillah~ Ms. Izyan suda pon melangsungkan perkahwinan ngn kekasih hati tersayang.~ :D ops! Ms. Izyan lg ke..? adeh...~ susah nak tuka....~ ngeeeeeeeeeee~!!!

    arini genap sebulan 1 hari Ms. Izyan bergelar ISTERI kpd ENCIK EMAR IMRAN...
    cayunk die :D

    smlm Mr. Eims amat bz ngn kerjanye...n Ms. Izyan pon terlupe...~
    tp mlm td...die msg...
    suda sebulan kami bersama mengharungi bahtera perkahwinan...

    hendaknye bahagia hingga ke akhir hayat kami... :D

    rase amat bertuah bile dpt suami yg sgt menyayangi n mencintai kita setulus hati~ kan abg kan..??? :D

    tp...satu lg dugaan yg harus kuat kami tempuhi...! iaitu...~  
    PERKAHWINAN JARAK JAUH kami nie...~ 

    susa...nak jumpe kene weekend..
    rumah plak de 2 nk kene handle..
    rumah d penang...
    juga rumah d shah alam...

    kene siapkan isik umah tu lg...~

    so far...~ baru dpt beli set katil kat umah penang...umah shah alam..hold dulu.huhuhu~

    mgu ni akan dpt sofa baru :D mekasih kat kawan2 yg sama2 masuk mengajar kat POLI ni...
    [kak zainab, ila, no_g, dayah, far, syahada, ayu]

    korg sgt besh! walaupun kite baru kenal dlm sbulan, tp rase cm dah RAPAT~ sgt, n korg sgt BESH!!

    tu la...kuasa Allah SWT, kalo kite baik ngn orang, ikhlas dlm persahabatan, InsyaAllah Allah akan membalas kebaikan kite tu :D dulu, Ms. Izyan pernah dilanda dugaan yg amat besar.. [tanak ingat da]
    tp Alhamdulillah :D Kini Ms. Izyan dpt kawan yg lg baik n lg BESH!! :D

    ohye~ next time Ms. Izyan cite psl wedding plak ek..??~

    yg masih mood honeymoon, 
    MRS. EIMS


    Category: 2 cambest

    TAK BERDENDAM

    yesterday Ms. Izyan di Johor utk hadir acara Anugerah Medal

    Alhamdulillah, tak dapat 1st class pun, but still dapat jugak. thanks UTM :)

    Thsnks ibu n ayah, aiman n uni, sudi dtg jauh2..wat kakak :D terima kasih sbb sudi bg sokongan wat kakak yg comey ni. hehehehe~

    IBU...AYAH...terima kasih sbb bg kakak didikan yg baik slame ini..InsyaAllah kakak akan cari keje yg baik2 n membalas jasa kalian, walaupun tak tak dapat balas senilai jasa kalian..

    Hm..disebabkan Uni (adik yg form 5) demam, Ms. Izyan tak jd berkampung di Johor. sbb takut gak ngn H1N1 nie..n kakt umah takde org nak tgk2kan die...so..kami pon pegi balik hari..

    Cian tgk ayah yg sggup drive 1 hari suntuk.. Mekasih byk2...

    terharu..

    Ohye...on dat majlis, Ms. Izyan ternampak la seorang insan nie...

    Alhamdulillah..dia dapat 1st class..

    Tp maafla...Ms. Izyan masih takleh tgk muka dia...bukan berdendam..bukan sakit hati...tp..entahlah...

    dia pun dengan mata jelingnya...muka tak bersalahnya...

    Hm....Ms. Izyan slalu kene marah ngn kawan2...sbb terlalu baik ngn kawan...terlalu jaga hati kawan..kadang2 smpai memakan diri...Tp...entah..Ms. Izyan tak rase cmtu pun..rase cam biase je...KAWAN...mestilah kita kene tolong...mestilah kita kene baik...tambah lg jauh dr famili..KAWAN la tempat mengadu..tempat meminta pertolongan...

    Tp tak semua nya dalam persahabatan itu indah...

    ade KAWAN yg sanggup MAKAN KAWAN...

    Ms. Izyan dah lame tak kenang kisah pahit tu...tp tbe2 teringat balik bile pandang die...tambah lg die tak hormat pun IBU yg ade di sebelah Ms. Izyan...

    Ntahla..Ms. Izyan MMG TAK BERDENDAM...tp mungkin HATI INI BELUM TERBUKA..

    InsyaAllah...Ms. Izyan akan OK jugak..kowt...

    papepun, Ms. Izyan amat2 gembira dengan kehidupan sekarang...Bahagia mempunyai IBU n AYAH yg sgt baik dan menyangiku spenuh hati...dapat TUNANG yg sentiasa menyokong...dapat KAWAN n SAHABAT BAIK yg semakin banyak n smakin memahami...dapat KERJA yg sgt menyeronokkan dan dapat dikelilingi oleh AHLI KELUARGA yg sgt2 bahagia.. ALHAMDULILLAH :)

    org yg dengki kat Ms,