Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts

???!!

adeh~!!!
baru balik kursus induksi 2 minggu..
keje kat opis berlambak2!!!

ngan penilaian pensyarah lg..
kene anta FRP!!
kene ganti kelas!!!

adoi...n mcm2 lg la yg tak terlintas lg kat kepala otak nih!!!!!

nk wt mane satu dlu nih???

serabut induksi tak abis lg..keje lain plak yg menanti!!!

due date esok?? addddddoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!

relax sat

hehe..ni cite klakau..

cam tau2 je encik suami ni org tgh tensyen n bermalas-malasan bekerja~ :D
ok, layan je la cite nih eh! :)



Subject: jgn tido dlm kelas & tempat keje..



Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".


Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.


Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.


Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"


Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

moral of the story : jangan suke tido

bz laaaa~ oOoOoOooOOooiiiiiii!!!

huh??!!
sgt bz..takle nak update blog
kalo tak bz pon, malas nak bukak komputer dah!!!

adeh~

sonok mmg sonok dpt pindah nih!!

tp letihnye pindah...Allah je la yg tau! huhuhu~
dr g lapor diri secara tibe2, uruskan KJ-KJ poli masing2 yg tanak melepaskan kami pergi [sayang kami la tuh!] uruskan emosi n perasaan masing2 [nangis kesedehan jugak la!], carik umah sewa baru, carik lori yg paling praktikal dan murah serta mengemas umah sebelom dan selepas pindah!!!

adeh...! br dok setahun kat Penang, tp barang2 cm banyak la pulak...nampak cam sikit je, bile dah ngemas~  mcm2 pulakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!



kesian plak kat Encik Suami yang susah payah, habis duit byk mase nak pindah ni~
I LOVE HIM!!! sgt tau~ huhuhu

mekasih gak kat IBU n AYAH yg dtg, siap amik cuti tolong kemas umah n jaga Izz before nak carik taska untuk die~

Cian anak ibu kene tinggal taska~!

ohye, nnt smbung balik! banyak keje nih! bengang tol! huhuhu~ takpe la...demi mendidik anak bangsa! cewaaaahhh~ :D

main kira-kira

meh kite relaks sket, layan kira-kira ni. ikut arahan tau :)

•Cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat.
•Ikut arahan pada setiap langkah.
•Bersedia dengan mesin kira anda!!
  
1.Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.
 
2. Darabkan dengan 2
  
3. Tambah 5
 
4. Darabkan dengan 50

5. Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah lepas tambah 1760 sebaliknya tambah  1759  jika ianya belum lepas
 
6. Kiraan terakhir:
Tolak tahun anda dilahirkan.
 (contoh.: 1941, 1973, dsb.)
 
 Jumlah anda sekarang dalam tiga digit nombor
 
Digit pertama dari 3 digit tersebut:
 
Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu
 
Sekarang yang paling cool!!!
2 digit terakhir memberitahu anda
.
.
UMUR anda!!!!!
2010 ADALAH SATU-SATUNYA TAHUN DIMANA PENGIRAAN INI BERHASIL :D 

kredit to Zainab Ali Taha :)

teruja!

sekarang ni mmg sgt2 teruja!!

baju2 da tak muat. huhu~ kne carik maternity dress :D
abis org2 opes dok bising..

'Bile nak tuka uniform ni??'

hehe~ kene sakat je memanjang :) memandang Ms. Izyan yg paling muda kat cni, cam budak kecik plak tu..abis tiap2 ari kne sakat. tp derang mmg besh! :D de je tips2 n petua2 diturunkan. dr mula2 tau mengandung, smpai la dah 6 bulan~

kalo dok berjalan2 tu..mula la derang bising!

"Intan...~ dok diam boleh? rehat la...~"

hehehe~ walaupun cm jauh dr famili, tp opesmate kat cni mmg besh! pengalaman banyak! tiap2 ari de je bende nak cite~ mekasih..mekasih.. :D

ohye, balik pada cerita tadi! ha...~! skang mmg teruja nak beli baju baru!! baju baby tgu bulan depan ek..? hehehe~ bg baju ibu dulu. skg da beli 2 blouse, 1 pants n 1 skirt. hehehe~ :D sonok! sonok!

taknak pakai maxi, nnt nmpak lg pendek plak..~ tp nak je rase pakai :P
kawan kat cni soh pkai maxi, nmpak lg comey katenye. hehehe~

mau beli baju!! yeay!! :D

potong rambut??!!

comey n klaka tgk budak2 ni kene potong rambut..
hehe~ layan je!













kredit: http://piczamania.blogspot.com

TERBAKAR!!!

Ya Allah! Hanya Allah je yang tau betapa terkejutnya bila tengok rumah kita duduk selama ni terbakar!!!

mula-mula sampai rumah, terkejut tgk tingkap-tingkap pecah

terus cakap ngan hubby : "Abang, rumah kita kene pecah!"

terus kami meluru masuk. tp mangga stil ada. bukak je pintu.....habis rumah penuh habuk, debu, dan kesan terbakar di ruang tamu. jiran-jiran tetangga mula keluar bagitau cerita sebenar disebalik kejadian tu!!

rupanya rumah da terbakar 3 HARI lepas - 16 September 2010.

kami pulak baru pulang dr KL, lepas cuti hampir 2 minggu...

hampanya masa tu..jiran bagitau, nak call kami nombor takde, yela...Ms. Izyan baru lg tinggal situ, jarang jugak lepak rumah, banyak duduk rumah kawan2..
b4 balik dulu ada gak ketuk rumah jiran, tp dia takde... :(
pihak management call tuan rumah pon, dia tak angkat...

malam tu kami pulang jam 9 malam..memang tgh sgt2 penat..terpaksalah jugak setel apa yg patut..perut lapar lagi..ishk2...dugaan...ujian...tp kami redha..insyaAllah ujian ini dpt merapatkan lg kasih sayang kami suami isteri dan mendekatkan kami kepada-Nya...

malam tu jugak..setelkan wat report polis, n terus bersihkan bilik..kalau tak..kat mana kami dah tido..huhu~

hampir 2 pagi baru dapat tido...

esok pagi2, kami setelkan pula dengan pegawai penyiasat, laporan bomba, n kemas rumah...

alhamdulillah bos bagi pelepasan setelkan rumah..Hubby pulak kena ambil cuti 2 hari..

semalam baru setel bersihkan rumah..walaupun de sikit2 lg..sabtu ni org kedai besi pasang gril baru...

terima kasih suamiku..sentiasa ada disamping ketika susah dan senang..begitu juga dengan famili yg sentiasa amik berat..dan kawan2 yang sentiasa bagi sokongan..
semoga ujian ini merapatkan lagi kasih sayang kita, dan mengajar kita lebih tabah dan redha dengan segala ketentuan-Nya...

ni keratan akhbar dr Metro..kami pon tak tau keluar suratkhabar rupanya - Jumaat, 17 September 2010


.: CUCI MATA~ INDAHNYE :.



Outstanding Pencil Lead Sculptures

Artists who create beautiful artworks using pencils can’t surprise us nowadays. But Dalton Ghetti found a way how to create miniature masterpieces using pencils. He simply carved the alphabet on the tips of 26 pencils, making letters come alive.



*Ms.Izyan nak sharp pensil pon bape kali patah. huhu~

buka skirt!

eorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.


Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)

Jeng! Jeng! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut dikaki ketika dilucutkan...

*pandaikan budak ni.? saje share cerita*
*amik dr: BOM321*

semangat!! contohi la beliau!!!

entry ni dlm bahasa inggeris, sbb just copy from emel..
hopefully kite dpt teladan dr cite ni...~

This will absolutely Blow You Away!!!!!
In life we keep complaining about what is or why we don't have.


Half the time we seem dissatisfied, though full-bodied and free to choose. Fat people say,"I want to be slim." Skinny people say,"I want to be fatter."


Poor people want to be rich and rich are never satisfied with what they have.


Peng Shuilin is 78cms high. He was born in Hunan Province , China .

In 1995, in Shenzhen, a freight truck sliced his body in half.


His lower body and legs were beyond repair.


Surgeons sewed up his torso.

Peng Shuilin, 37, spent nearly two years in hospital in Shenzhen, southern China , undergoing a series of operations to re-route nearly every major organ or system inside his body
.

Peng kept exercising his arms, building up strength, washing his face and brushing his teeth.



He survived against all odds.

Now Peng Shulin has astounded doctors by learning to walk again after a decade.
 


Considering Peng's plight, doctors at the China Rehabilitation Research Centre in Beijing devised an ingenious way to allow him to walk on his own,creating a sophisticated egg cup-like casing to hold his body, with two bionic legs attached.


It took careful consideration, skilled measurement and technical expertise.

Peng has been walking the corridors of Beijing Rehabilitation Centre


with the aid of his specially adapted legs and a re-sized walking frame.


RGO is a recipicating gait orthosis, attached to a prosthetic socket bucket.

There is a cable attached to both legs so when one goes forward, the other goes backwards.


Rock to the side, add a bit of a twist and the leg without the weight on it advances, while the other one stays still, giving a highly inefficient way of ambulation.


Oh, so satisfying to 'walk' again after ten years with half a body!


Hospital vice-president Lin Liu said: "We've just given him a checkup; he is fitter than most men his age."

Peng Shuilin has opened his own bargain supermarket, called the Half Man-Half Price Store.  The inspirational 37-year-old has become a businessman
and is used as a role model for other amputees.

At just 2ft 7ins tall, he moves around in a wheelchair giving lectures on recovery from disability.

His attitude is amazing, he doesn't complain.


"He had good care, but his secret is cheerfulness. Nothing ever gets him down."


You have a whole body. You have feet.


Now you have met a man who has no feet.


His life is a feat of endurance, a triumph of the human spirit in overcoming extreme adversity.


Next time you want to complain about something trivial, don't.


Remember Peng Shuilin instead.

takde keje ke??

tgh takde kje..
keje sume setel da..
opis pon lengang je..
ramai amik kesempatan utk bercuti..
Ms. Izyan pon nk bercuti..
tp En. Hubby plak takle cuti..
busan gak dok kat opis nie..
ishk2...

.
.
.
.
.

bape ari tak update sbb tak tau nak cite ape..

ingat nk gak cite pjlnan ke kelantan weekend aritu..
tp tak syok sbb takde gamba nk kongsi..
gmba sume kat En. Hubby..

windu pulak sama itu encem guy. hehehe~

*tak saba tgu esok :D*

GAZA!!!!!!!!


Ni Ms. Izyan dpt emel dr seorang kwn opis..~ elok r kite bace..jadikan peringatan wt kite...betapa dunia sekarang ni.........[tak mampu nk berkata2~] :(

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.



kiriman drpd:
UNGKU MAHADZIR BIN UNGKU ZAINAL ABIDIN
Multimedia And Resource Officer 2
Unit for Instructional Development and Multimedia
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

.: seri2 :.


Berseri2 ke..??
hehehehe~
saje2 je post yg nie..~

cm soonok plak bile 3 org dok puji Ms. Izyan berseri2 arni..
nape ek..??
hehehe..

suke! suke!

yg penting mbe Ms. Izyan yg bertunang weekend aritu lg berseri~
congratz to both Adlan & Fauziah!~~
'Selamat Datang ke Dunia Baru'
'Semoga kalian kekal ke jinjang pelamin n kekal bahagia hingga ke akhir hayat'

wat Pengantin Baru : Idzwana & Raizzal
'Selamat Menempuah Dunia Perkahwinan'
'Berseri2 nengok pengantin berdua ni atas pentas, kusi besar tuh! huhuhu~'

pd sume kawan2 len..kekalkan keserian anda..!!!! bykkan senyum, tenangkan hati, n banyakkan berselawat, InsyaAllah kite akan bahagia n kekal berseri-seri :D

*mau berseri setiap hari :D*

geram tol!!

sakit ati!!!!!!!

tu la yg boleh ckp pasal kes buang baby yg berlambak2 nih!!!!
geram tol!!!!!!!!!!
sangat2 geram!!
mau di luku2 kepala budak ni lah!!!!

tgk paper arini!! - http://www.hmetro.com.my/

de ke paptut buang baby dalam kotak!!
cube korg dok dlm kotak, ape rase???!!!



tp alhamdulillah baby tu slamat lg...~

petikan dr metro sket:
"MELAKA: Seorang bayi lelaki kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan oleh individu TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), petang kelmarin.
sumber berkata bayi terbabit ditemui berbalut dengan sehelai kain batik dan diletakkan di dalam sebuah beg berwarna merah bertulis 'Parkson' yang turut dilapik dengan tilam nipis"

tp pe la nasib baby tu membesar nnt..
hm...

ni nak pesan sket kat budak2 nih!!!!!
BLAJAR RAJIN2..!!
KEJE ELOK2...!!!!
CARI PAKWE PON YG ELOK2 LAAAAAHHHHHH!!!
JAGA DIRI, MARUAH TU!!
KALO TAK TAHAN SGT....KAWEN JE DULU~
ADOI!!!!
JGN CONTENG ARANG KAT MAK ABAPAK..
JGN MALUKAN DIRI SENDIRI!!
INGAT MASA DEPAN!!!
SIAN LA KAT KORG PUNYE BABY TU!!!!
DOSA KORG PON BERTAMBAH2!!
TAK INGAT MATI KE..???!!!

*maaf emosi, tp mmg aptut kite emosi bukan??*

BESAR ke GEMUK


tgk baby nie!!
BESAR ke GEMUK ye.???

lahir dengan hanya 3 kg,
Namun baby dr Tehran ni baru berusia 7 bulan sudah mencecah 20 kg.
aiyo0yo0o0ooOooo~
baby nama Redza ni minum susu ibu die setiap jam..

amacam???~~~!!

takleh!! takleh!!!


salam~ :D
adeh~ 
kelmarin [18052010] 
Ms. Izyan g la lunch kat cafe cm biase ngn kwn2 len~
tgh dok usha2 lauk dulu [b4 mkn kene survey lauk besh dulu!!]
Ms. Izyan hampir terlanggar sorg student nih~
Ms. Izyan cepat2 say SORRY~

but...he replied...
'Haaaaiiiiiii~' smbil tersenyum manja

Ms. Izyan senyum je la balik..agaknye he didnt notice dat m lecturer...~
takpe la...
so, Ms. Izyan amik la nasik, n ceduk lauk dekat mamat student tuh~
die tertunduk2..cm malu kowt...~

owh~ Ms. Izyan lega ar...mungkin de pasan kat matrik yg Ms. Izyan pakai tuh!~

...............tp tgh mkn............

dr jauh, c mamat tu dok snyum...snyum2 manja...kerlingan menggoda~

oh!oh!oh! hatiku cair~ tersentak
mamat ni....
adoi...
'sy ni lecturer tau!! bini org plak tu~'

Ms. Izyan pon mls nk pk la...~ budak2....~ huhuhuhu~

semalam juge [19052010]
bnde yg lebiy kurang same berlaku!!
sepnjang 3 mnggu ni de final exam..n Ms.Izyan juge ditugaskan untuk mengawas exam..

jaga kursus b1004-sains juruteknik
de plak satu mamat ni...awal2 masuk...usha2 je Ms. Izyan
[bukan perasan okey~]
musti la kite notice, bile org len dok bz jwb soalan, die plak dok nengok kite lame2, sengih2....
adoi!!~ wat Ms. Izyan tak sedap ati jerk!!

pastu leh plak tanye soalan2 yg tak berkenaan...
'kene tulis cmnie ke...?' tnye beliau

adoi....tolong la....~ sy bini org sudaaaaaaaaaaaaaaaa.....~~

tp..mmg budak2 skg berani kan..???? leh plak usha2..ngorat2...lecturer die..!

*moral: jgn ngorat guru anda!*
hahahahahaha~

**sempat juge menangkap student meniru! bawa nota kecik**

MUKE BARU!~

yea! yea!
tuka muke baru!
muke surat baru!
muke blog baru!
huhuhuhu~

org dolu cakap~
page = halaman = muka surat = muke~

tgh bace surat khabar~

"Cite besh nie! cube bukak muke 5"

:D

hopefully cm besh gak ar template baru yg tak sberapa nie..
Ms.Izyan mls tol nk design~
amik yg free je laaaaaa~

*abish*

adeh~ lelaki pon kene????!!!




harian metro harini ade melaporkan mngenai seorg lelaki DICULIK dan DISEKSA juga DIROMPAK dgn teroknye!!!! adehhh!!! nape la dunia skg nie????????


"JITRA: Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa melalui tempoh 24 jam yang menakut dan mengaibkan apabila dia diculik sekumpulan lelaki sebelum dikurung, dibelasah, didera dan dibogelkan dalam kejadian di Bukit Selambau dekat Sungai Petani, baru-baru ini."


Dunia skang ni, bukan PEREMPUAN je kene sentiasa WASPADA. malah encik-encik LELAKI juge perlu sentiasa BERWASPADA!!! adoi..jemuh la nk idop kat dunia akhir zaman nie kan..??

tp yg klaka nye..lepas kene SEKSA, siap soh SIGN surat AKUANSUMPAH AKUJANJI! nie nak apply keje kerajaan ke ape??? adehhh~

"Selepas didera, mangsa diminta menandatangani surat akujanji tidak melaporkan perbuatan kejam itu kepada polis dan mereka turut mengugut akan mencederakannya dan keluarga jika melanggar perjanjian berkenaan."

Ntah la..cm klaka pon ade jugak! tp kesian...perbuatan huduh tersebut telah DIRAKAM dan DISEBARKAN dalam YOUTUBE! eh? ape title die ek?? nk carik??! :P

"kejadian itu turut dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh seorang daripada lelaki terbabit untuk memalukannya...rakaman sepanjang empat minit 51 saat itu sudah disebarkan pihak tertentu menerusi telefon bimbit termasuk di laman Internet You Tube sejak Disember lalu....mangsa menerima rakaman itu menerusi telefon bimbit yang dihantar rakannya pada 13 Januari lalu....menunjukkan dia dalam keadaan bogel disuruh berendam dalam sebuah anak sungai di ladang kelapa sawit sebelum dibelasah termasuk ditendang di belakang leher dan badan" 

 adeh...terukye...tp PUNCA nye hanyalah SALAH FAHAM!!! sbb si abang KONONNYE PROTECT GILLER si adik...si adik sebenanye WAT HAL jugak!!!

"berpunca daripada hubungannya dengan seorang gadis berusia 20 tahun yang juga adik kepada seorang daripada lelaki yang menderanya itu"

kesimpulannye..LELAKI2 skang nie..kene sentiasa WASPADA..jgn dok bwk ANAK DARA org ke hulu ke hilir..cukup duit, masuk meminang! jauh dr maksiat, jauh dr dosa n insyaAllah mendapat PAHALA n GANJARAN BESAR dr ALLAH...
sumber: harian_metro_19mac2010