Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Peranan Suami ketika Isteri Hamil

untuk berkongsi ilmu :)




1. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada
dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan
isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang
memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung
dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak
anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada
isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah
An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertang-
gungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan
terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya
" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan
orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap
tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa
dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan
menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari
segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya
bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul
kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di
waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-
jawab yang berat itu.


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

credit:
http://www.homebisnes.com/buku/khas-untuk-pengantin.htm

.: tips suami isteri :.

Alhamdulillah~ Allah masih memanjangkan umur Ms. Izyan bernafas dan beribadah di muka bumi ni..~ akan Ms. Izyan memperbaiki diri dr semasa ke semasa..

Bersyukur juga kerana Ms. Izyan masih lg berkesempatan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik, ISTERI dan juga anak kepada 2 ibu bapa [ibu, ayah, ma n abah]~

Ms. Izyan cube mncari tips2 yg berguna utk Ms. Izyan menjadi ISTERI yg terbaik buat Encik Suami yg tercinta~ sesungguhnya, syurga seorang isteri itu terletak di kaki suami...~
akan ku cuba sebaik mungkin membahagiakan beliau!!!!


huhuhu~ cm byk plak celoteh yg skema :D

k, ni tips memberi penghargaan suami dan isteri:
sumber dr:  


Penghargaan Kepada Suami
  • Selalu berikan senyuman
  • Berhias di hadapan suami
  • Masak masakan kegemaran suami
  • Minta pandangan suami jika ada masalah
  • Selalu urut-urutkan suami
  • Menjaga maruah suami
  • Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
  • Berikan hadiah hari jadi
  • Pandai mengambil hati suami
  • Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
  • Membina hubungan baik dengan keluarga suami
  • Minta izin suami sebelum buat sesuatu
  • Mohon maaf dengan suami sebelum tidur
Penghargaan Kepada Isteri
  • Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
  • Ingati tarikh kelahiran anak-anak
  • Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
  • Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
  • Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
  • Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
  • Ucapkan terima kasih apabila bersama
  • Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
  • Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
  • Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
  • Panggil isteri dengan panggilan yang manja
  • Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
  • Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

    BAHAGIA vs DENGKI???


    lain sungguh rase bile dah bergelar ISTERI ni :D
    g mane2, buat ape..tnpa rasa takut sbb suda dijaga n hubungan kami SAH DISISI ISLAM :D

    kadang2 cm klaka plak~



    "Sayang..nape takde PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT datang?? kite BERDUA_DUAAN nie~"
    hehehehe
    Mr. Hubby cube melawak~
    tp mmg besh ar..
    musti lg besh kalo de org serang kami, tibe2 kami TAK BERSALAH!!

    hahahahaha~
    dulu kami mmg tak berani lgsung nak dating2 kat taman, takut kene CEKUP!!
    ingat mak bapak oi!! keje lg kene buang plak, study kene gantung plak!! hahahaha~
    but skang nih!! cm sonok gile..
    cm nk wat jahat kat tgh2 org pon tak payah pk banyak kali
    mau peluk2 pegang2 pon takde hal punye!!! :D


    mmg kami sedang diulit cinta :D
    biase la, pengantin baru..
    doakan kami kekal bahagia ke akhir hayat ye..? 
    amin

    BAHAGIA vs DENGKI
    berbalik pada tajuk di atas..
    hm...Mr. Hubby de cakap... 

    "kite takle sgt tunjuk kite bahagia depan org..
    gmba pon tak perlu nk upload byk2..
    ye ar..org ni kadang2 takle tgk kite bahagia n gembira..
    ade je manusia yg memerhatikan kite, n mau mnjatuhkan kite.."

    betul jugak cakap Mr. Hubby tu...
    Ms. Izyan penah rase dikenakan org..sbb mungkin die jeles ngn kebahagian n kejayaan yg dicapai...walaupun kite tak pernah terniat utk menunjukkan pencapaian kite tu..tp musti de je yg memerhatikan kite...

    Tp, Allah senantiasa bersama hamba-Nya~ hanya Dia tempat kite mengadu dan berserah..sesungguhnya kejayaan, kebahagian dtg dr-Nya, bile2 mase juga Dia berhak mengambil kesemuanya kembali..

    Category: 2 cambest

    status baru, life baru~


    alhamdulillah~ Ms. Izyan suda pon melangsungkan perkahwinan ngn kekasih hati tersayang.~ :D ops! Ms. Izyan lg ke..? adeh...~ susah nak tuka....~ ngeeeeeeeeeee~!!!

    arini genap sebulan 1 hari Ms. Izyan bergelar ISTERI kpd ENCIK EMAR IMRAN...
    cayunk die :D

    smlm Mr. Eims amat bz ngn kerjanye...n Ms. Izyan pon terlupe...~
    tp mlm td...die msg...
    suda sebulan kami bersama mengharungi bahtera perkahwinan...

    hendaknye bahagia hingga ke akhir hayat kami... :D

    rase amat bertuah bile dpt suami yg sgt menyayangi n mencintai kita setulus hati~ kan abg kan..??? :D

    tp...satu lg dugaan yg harus kuat kami tempuhi...! iaitu...~  
    PERKAHWINAN JARAK JAUH kami nie...~ 

    susa...nak jumpe kene weekend..
    rumah plak de 2 nk kene handle..
    rumah d penang...
    juga rumah d shah alam...

    kene siapkan isik umah tu lg...~

    so far...~ baru dpt beli set katil kat umah penang...umah shah alam..hold dulu.huhuhu~

    mgu ni akan dpt sofa baru :D mekasih kat kawan2 yg sama2 masuk mengajar kat POLI ni...
    [kak zainab, ila, no_g, dayah, far, syahada, ayu]

    korg sgt besh! walaupun kite baru kenal dlm sbulan, tp rase cm dah RAPAT~ sgt, n korg sgt BESH!!

    tu la...kuasa Allah SWT, kalo kite baik ngn orang, ikhlas dlm persahabatan, InsyaAllah Allah akan membalas kebaikan kite tu :D dulu, Ms. Izyan pernah dilanda dugaan yg amat besar.. [tanak ingat da]
    tp Alhamdulillah :D Kini Ms. Izyan dpt kawan yg lg baik n lg BESH!! :D

    ohye~ next time Ms. Izyan cite psl wedding plak ek..??~

    yg masih mood honeymoon, 
    MRS. EIMS


    Category: 2 cambest

    jemputan~

    salam, Ms. Izyan akan melangsungkan perkahwinan pd 18 april ni, jmput la dtg~ :D




    sowie...br nk upload kad..sgt bz lately ni...~
    ni pon tak cuti.. :(

    lg 2 minggu???

    yea! yea!
    lg 2 minggu mau kawen! :P

    hehehehe~
    suke la pulak!

    ye..Ms.Izyan akan mjd Mrs. Imran~

    tak saba! tak saba! :D

    actually..cm byk je keje kene setelkan kat umh tu...tp sbb cm jauh..tak tau pe jadi...cian plak kat ibu...~

    TAPI...

    MAU KAWEN JUGE!!!! 

    hehehehe~
    Category: 0 cambest

    Impian :)




    Akhirnya impian sejak kecil nak jadik cikgu tercapai juga..

    Now, I'm a teacher!! Finally!

    even part time, but i feel soOoOoOoOoOOOoOoOoooooO~ excited.!

    sorry 4 not having any post since June

    so many bende yg kene wat!! tapi...sumenye hari yg sgt2 indah~

    Skang Ms. Izyan dah pon mbiasakan diri dengan keje yg sgt best n mulia nie..

    Ketabahan melayan karenah pelajar, mengajar dengan penuh dedikasi dan menyediakan segala bahan pengajaran serta jadual pembelajaran, membuatkan diri ini terasa begitu kerdil...

    Betapa mulia nya tugas seoarang guru..

    baru sekarang sedar betapa teruknye Ms. Izyan semasa bergelar pelajar dulu...nakal...ngada2...malas...

    Ishk2...

    Thanks cikgu2 yg telah mengajar Ms. Izyan sebelum nie...Ms. Izyan terhutang budi smpai mati...akan ku kenang smpai mati....

    Actually, last month Ms. Izyan telah pon melangsungkan pertungan dgn kekasih hati tersayang..yang kini sudah pun menjadi tunangannku...


    Thanks sbb sudi pilih diri yg serba kekurangan ini sebagai teman hidup kelak..

    pada kawan2 yg datang, thanks byk2 :) cayang korg~

    nanti Ms. Izyan postkan gmba lg ek..? Skang tak edit lg..nak kecik2 kan saiz. hehehehe~

    Ohye..lupe plak, Ms. Izyan kini bergelar Montessori teacher kat IIUM Montessori, Gombak. Sonok layan kanak2 nie :)


    Windunye kat derang.....
    Malangnya...next week skola tutup for a week due to H1N1..

    So, all my frens out there pls take care of yourself ya..?

    Daaaaaaa~

    p/s: Satu lagi impian...melangsungkan perkahwinan dgn tersayang dan menjadi isteri yg solehah sekaligus ibu yg terbaik untuk anak2 disamping keluarga yg bahagia :)

    Hantaran~

    cntik plak nengok hantaran abang Ms. Izyan yg bewarna gold~
    27 hb nie nak g menghatar kat umah pompuan
    tak saba plak rasenye nak dapat kakak ipar :D
    tambah lg satu ahli dalam keluarga bahagia kami~~

    Hantaran abang Ms. Izyan warna gold, cantik dgn sentuhan MAMA (makcik sedara) yg begitu kreatif menggubahnye~

    kadang2 Ms. Izyan tersenyum sorg2..
    nape..?
    hehehehe....dok pk kan warna ape plak hantaran Ms. Izyan nnt :)

    ashish~~~ mgu depan je tarikh nikah tu.
    barang2 bnyk lg tak siap nie. nsib bek de lg sminggu utk wat kat umah kami, Bandar Baru Selayang.

    pada kawan2 sume, jemput2 la hadir dan memeriahkan persandingan
    anak lelaki Encik Roslan Abdul Kahar dan Puan Nor Rizan ARiffin,
    di Bandar Baru Selayang
    pada 5 Julai 2007.

    pape mel kat: Ms.Izyan@gmail.com

    nak letak alamat n map kat cni cam tak bape sesuai plak~

    ok, nak smbung wat keje sket. Daaaa~ :D

    Category: 5 cambest

    AIMAN

    Ms. Izyan amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat-amat merindui blog nie...

    apakan daya...bile teringat je..kene lupekan...

    dah dok umah nie, bz melayan Aiman. ye..Aiman yg comel tu~huhuhu~ asyik melekattttttt je kat Ms. Izyan. dari bangun tdo..smpai la nak tdo balik. hish~ kalo Ms. Izyan tak tdo, selagi tu die tanak tdo...

    soOoOooOoo~ camne la Ms. Izyan nak bukak PC nie~ nk menulis mcm2...
    tambah lagi Aiman nie gila game cm kakak die jugak. kalo bukak je PC mesti die nak men game dulu....~

    sebenanye terlalu byk bende besh yg berlaku slame tak update blog ni. dari berjalan satu Malaysia, jumpe sedara mara... sampai la cite kat umah sendirik~

    memang besh~~~
    Ms. Izyan sefamili g meraound hampir satu Malaysia utk jumpe sedara mara, bg mengeratkan lg silaturrahim n jugak menjemput utk abg kawen..

    dah besar nie, baru la tau...byk rupenye sedare...de yg tak penah jumpe. dr Opah2 n atuk2 yg telah meninggal, makcik pakcik n sepupu, 2 pupu, 3 pupu, habis dibongkar dan dijelaskan..

    paling besh balik Paris, eh! Parit. hehehehe~ pegi Tg belanja, Dendang, Beruas dll lagi..

    tiap2 hujung minggu ade je aktiviti kami sekeluarga :)

    kat sini Ms. Izyan letak gmba Aiman yg terlalu BZ menolong kami utk siapkan beberapa bende utk majlis kawen abang nnt..n mase2 indah bersama2 Aiman :)

    -Tugas tiap2 hari: Amik n Hantar Aiman ke sekolah-


    -Menyeronokkan hatinye: Makanan Febret: KFC-

    hahaha~ posing time bergamba pon cm kakak die :P

    -Tolong Menolong Amalan Mulia :) -

    award lagik



    hehehe~ mekasih byk2 bg Ms. Izyan award..
    cam tak layak je den nie nak mengambiknye~
    tp org dah bg, rezeki jgn ditolak~~ :)

    AWARD DARI FLORA87






    AWARD DARI PAKCIKDOT YG ENCEM LG BAIK ATI~~






    heheheeheheehehehe~ :P
    kembang pakcik kan..??


    mekasih lg skali Ms. Izyan ucapkan..tgh pk nak beli ape utk ibu utk ari ibu nie~
    kat umah nie bz wat persiapan kenduri kahwin abg....
    tak saba nak dpt kakak ipar :)
    lalalala~

    Category: 2 cambest

    wedding~

    lately nie ramai tol yg kawen..cam dengki+jeles je. huhuhu~
    gatal sungguh~ :P

    mgu lepas aku attend majlis kenduri kawen abg sepupu aku, 1st cucu belah ayah aku yg kawen. ikut perancangannye, abg aku kawen dulu..tup2..die plak potong line. huhuhu~

    majlis akad nikah n bersanding dilangsungkan d kota tinggi, pihak perempuan, n mgu seterusnya d pihak lelaki, tg malim..

    sonoknye melihat gelagat abg sepupu ku yg kelaka,. udah berbini rupenye die, tahniah :)


    hm..even aku dibesarkan sepenuhnye d tg malim, tp alhamdulillah, masih mengamalkan adat2 budaya Melayu kita, tp jd agak kagum dgn adat d johor. slalunye, yg aku aku, majlis mlm berinai hanya pengantin perempuan yg berposing pelbagai gaya n mcm2 fesen baju, but diz time abg sepupu aku kene g umah perempuan n jd cam majlis bersanding..

    mula2 letak bunga rampai, then inai, kapur barus, bunga mawar n last skali letak telur di dagu pengantin. kata mak andam utk menguatkan rindu.. hehehe.. cam sonok plak. aku pon pe lagi..hehehe...dok menyibuk jugak. huhu~

    tp agak klaka n sonok bile masing2 sonok nak bergambar tang letak telur kat dagu, abis naik makcik2 aku. hehehe..teruja n seronok ngn adat negeri lain. pengalaman baru untuk aku :)

    tp..mmg penat dat day..terutama famili aku dr KL, 14 buah keta g mengiring ke sana tau! kami menginap d desaru damai, desaru. smpai2 dah lewat petang, dlm kol3. terus berkejar lepas asar utk majlis akad nikah, mlm plak majlis berinai..hm..ujan mase tu, abis pengantin basah lenjun. huhuhuhu~

    esok tghari plak g majlis persandingan. mase smpai kat umah bertanggak, tibe2 ujan lebat. patut nak bersanding kol 1, udahnye, tersekat kat umah...tgu ujan tak benti2 jugak..udahnye, kol3 tu redah gak ujan, dengan bawak hantarannye.. sejukkkk~~~

    alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriahnye :)



    d tg malim laaaaggiiii~~ meriah. adik sepupu yg baru berusia 6 bulan wat mjlis berbuai, pengantin kecik. n tghari plak majlis persandingan menyambut menantu. panas terik sgt kt kg. berpeluh2 layan tamu yg datang. ramai plak tu..dah abis majlis baru la aku dpt bergamba ngn pengantin. ciannye... huhuhuhu~

    hmm..camne plak agaknya majlis persandingan aku nnt. ops! :P
    Category: 0 cambest