teruja!

sekarang ni mmg sgt2 teruja!!

baju2 da tak muat. huhu~ kne carik maternity dress :D
abis org2 opes dok bising..

'Bile nak tuka uniform ni??'

hehe~ kene sakat je memanjang :) memandang Ms. Izyan yg paling muda kat cni, cam budak kecik plak tu..abis tiap2 ari kne sakat. tp derang mmg besh! :D de je tips2 n petua2 diturunkan. dr mula2 tau mengandung, smpai la dah 6 bulan~

kalo dok berjalan2 tu..mula la derang bising!

"Intan...~ dok diam boleh? rehat la...~"

hehehe~ walaupun cm jauh dr famili, tp opesmate kat cni mmg besh! pengalaman banyak! tiap2 ari de je bende nak cite~ mekasih..mekasih.. :D

ohye, balik pada cerita tadi! ha...~! skang mmg teruja nak beli baju baru!! baju baby tgu bulan depan ek..? hehehe~ bg baju ibu dulu. skg da beli 2 blouse, 1 pants n 1 skirt. hehehe~ :D sonok! sonok!

taknak pakai maxi, nnt nmpak lg pendek plak..~ tp nak je rase pakai :P
kawan kat cni soh pkai maxi, nmpak lg comey katenye. hehehe~

mau beli baju!! yeay!! :D

alhamdulillah!~

Alhamdulillah, i m pregnant! :D

saje nk kongsikan berita gumbira ini!!
betapa seronoknya bila tau diri ni dah pon berbadan dua!
terasa Allah begitu menyayangi diriku yg hina ini..

sesungguhnya, akan lahirlah lagi satu umat manusia, hasil zuriat dari perkahwinan kami yg sah lagi suci ini :D
tak sabar rasanya nak menunggu dan melalui detik melahirkan benih cinta kami ni :D

pengalaman yg dirasai masa mula2 tahu diri ni pregnant, memang sangat-sangat-sangat indah! tak tergambar dengan kata2!! bila suami tau pon, die tersengih je sepanjang hari :D usia perkahwinan yg baru masuk ke minggu ke tujuh, dikejutkan pula dengan hasil cinta yang minggu ke enam :D

sekarang, Ms. Izyan menjalani detik2 indah bergelar seorang bakal ibu! pengalaman mengandung amat indah! terasa teruja dengan ciptaan Allah ini. setiap hari, mesti nak belek2 diri depan cermin :) tengok perut yg semakin membesar, bercakap2 dengan bayi dgn senang hati :D

Encik suami pula mmg sgt2 teruja, sgt2 suka! :D sambil beliau semakin bertungkus lumus mencari rezeki utk kami berdua :D bila balik isteri n 'baby' die mst die peluk n dakap :D

alhamdulillah, Ms. Izyan tak mengalami alahan sepanjang mengandung ni :D 'baby ibu baik kan..?' :)
Allah itu Maha Penyanyang, dipermudahkan oleh-Nya mungkin sbb Encik suami berjauhan dr 'kami'...

tapi, takpe. semua itu dugaan, semoga ujian ini mendekatkan lg diri kami kepada sang pencipta :D

sekarang, kandungan sudah masuk minggu ke 24, sudah 6 BULAN!! waaaahhhhh!!!~ kami sgt teruja!! 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

peringatan!!


 27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...campak bayi macam campak plastic keropok


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

potong rambut??!!

comey n klaka tgk budak2 ni kene potong rambut..
hehe~ layan je!













kredit: http://piczamania.blogspot.com

TERBAKAR!!!

Ya Allah! Hanya Allah je yang tau betapa terkejutnya bila tengok rumah kita duduk selama ni terbakar!!!

mula-mula sampai rumah, terkejut tgk tingkap-tingkap pecah

terus cakap ngan hubby : "Abang, rumah kita kene pecah!"

terus kami meluru masuk. tp mangga stil ada. bukak je pintu.....habis rumah penuh habuk, debu, dan kesan terbakar di ruang tamu. jiran-jiran tetangga mula keluar bagitau cerita sebenar disebalik kejadian tu!!

rupanya rumah da terbakar 3 HARI lepas - 16 September 2010.

kami pulak baru pulang dr KL, lepas cuti hampir 2 minggu...

hampanya masa tu..jiran bagitau, nak call kami nombor takde, yela...Ms. Izyan baru lg tinggal situ, jarang jugak lepak rumah, banyak duduk rumah kawan2..
b4 balik dulu ada gak ketuk rumah jiran, tp dia takde... :(
pihak management call tuan rumah pon, dia tak angkat...

malam tu kami pulang jam 9 malam..memang tgh sgt2 penat..terpaksalah jugak setel apa yg patut..perut lapar lagi..ishk2...dugaan...ujian...tp kami redha..insyaAllah ujian ini dpt merapatkan lg kasih sayang kami suami isteri dan mendekatkan kami kepada-Nya...

malam tu jugak..setelkan wat report polis, n terus bersihkan bilik..kalau tak..kat mana kami dah tido..huhu~

hampir 2 pagi baru dapat tido...

esok pagi2, kami setelkan pula dengan pegawai penyiasat, laporan bomba, n kemas rumah...

alhamdulillah bos bagi pelepasan setelkan rumah..Hubby pulak kena ambil cuti 2 hari..

semalam baru setel bersihkan rumah..walaupun de sikit2 lg..sabtu ni org kedai besi pasang gril baru...

terima kasih suamiku..sentiasa ada disamping ketika susah dan senang..begitu juga dengan famili yg sentiasa amik berat..dan kawan2 yang sentiasa bagi sokongan..
semoga ujian ini merapatkan lagi kasih sayang kita, dan mengajar kita lebih tabah dan redha dengan segala ketentuan-Nya...

ni keratan akhbar dr Metro..kami pon tak tau keluar suratkhabar rupanya - Jumaat, 17 September 2010


keberkatan surah al ikhlas






Ketika Memulakan Kerja
 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

 
Sebelum Masuk Ke Rumah
 
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
 
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
 
 
Ketika Sakit
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
 
 
Khatam al-Quran
 
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
 
Pahala Membacanya
 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
 
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.